Mr.cerdas
ohayou semua
hari ini Mr.cerdas mengungkap ilmu dari linux ubuntu 13.04 udah pada tahu tentang linux atau mungkin sejarah linux . Mr.cerdas akan jelaskan semua , lihat dibawah ini :
Kernel
Linux pada awalnya ditulis sebagai hobi oleh pelajar universiti Finland Linus Torvalds yang belajar di Universiti Helsinki,
untuk menyerupai kernel Minix
yang bebas dan boleh sunting. (Minix adalah projek pelajaran menyerupai UNIX
direka untuk mudah dan bukannya untuk kegunaan perniagaan.) Versi 0.01
dikeluarkan ke Internet pada September 1991,
Versi 0.02 pada 5 Oktober 1991.
[1]
Berikutnya,
beribu penulis perisian sukarelawan seluruh dunia telah menyertai projek ini. Lihat
juga The
Cathedral and the Bazaar, rencana terkenal mengenai model
pembangunan kernel Linux dan atur cara seumpamanya.
Sejarah
sistem pengendalian berasaskan Linux berkait-rapat dengan projek GNU,
projek perisian bebas terkenal diketuai oleh Richard Stallman. Projek GNU bermula pada 1983
untuk membangunkan sistem pengendalian seperti UNIX
lengkap — pengkompil, atur cara aplikasi, utiliti pembangunan dan seterusnya —
dikarang sepenuhnya dengan Perisian Bebas.
Pada 1991, apabila versi pertama kerangka Linux
ditulis, projek GNU project telah menghasilkan hampir kesemua komponen sistem
ini — kecuali kernel. Torvalds dan pembangun kernel seperti Linux menyesuaikan
kernel mereka supaya dapat berfungsi dengan komponen GNU, dan seterusnya
mengeluarkan sistem pengendalian yang cukup berfungsi. Oleh itu, Linux
melengkapkan ruang terakhir dalam rancangan GNU.
Walaupun
kernel Linux dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU, ia bukannya sebahagian
daripada projek GNU.










